Ahad, 23 Oktober 2011

Lupa

Lupa

Lepas balik dari surau aku terus ngadap facebook. Hajat nak check page Ustaz Azhar Idrus, tapi bila log in saja setan notification bersepah. Kebanyakannya dari makwe yang nak berkenalan. Layan sekejap. Sekejap ja lepas tu bukak la page Ustaz Azhar tu.

"Dik pegi Dragon kejap" suara Mak dari luar bilik tembus pintu

Aku malas malas bangun tinggalkan kerusi dengan facebook. Dalam hati ada panas sikit la tapi kalau panas dengan mak sendiri aku nak cium bau apa? Tapak kaki?

"Nak beli apa mak?"

"Beli minyak dengan tepung goreng pisang. Ayah nak makan goreng pisang pulak ni"

"Tu je?"

"Tu je la. Banyak banyak karang Adik lupa nanti"

Ceh orang tua ni. Dua benda je kot. Mestila ingat. Sejarah time kat sekolah dulu A manjang kot. Aku masuk bilik capai kunci Kancil dengan dompet. Time nak keluar rumah Mak tanya lagi.

"Ingat tak nak beli apa?"

"Ingat la. Minyak dengan tepung gandum"

Mak geleng kepala. Ambik kertas. Tulis. Bagi dekat aku senarai yang nak dibeli.

********************************************************************************************************

Sampai Dragon aku macam terkejut. Aku jumpa kawan Ayah. Anak kawan Ayah ni jugak adalah kawan aku time sekolah rendah dulu. Sebagai pemuda berusia 21 tahun adalah afdal untuk aku menegur warga tua. Lebih lebih lagi bagi mereka yang ada anak dara. Barula nampak abang abang.

Kawan Ayah tengah bayar kat kaunter Dragon. Dalam kepala aku dah ready apa nak cakap. Dah setting lenggok cakap mode abang abang. Aku diri betul betul depan dia. Sapa. Hulur tangan. Senyum. Cakap.

"Ini Pakcik Helmi kan? Bapaknya Sani? Sihat cik?" Gua salam tangan beliau sambil senyum matang dan mesra.

"Sani bapak kau. Aku la Sani nya. Helmi anak aku!!!"

Dragon tengok aku sengih sengih. Bini Dragon tengok aku sengih sengih. Anak dara Dragon tengok aku sengih sengih. Menantu Dragon tengok aku sengih sengih. Aku sengih sengih. Tanda malu yang maha besar. Malu dia macam terpijak taik kucing pakai kasut sekolah.

Slow slow aku lepaskan tangan Pak cik Sani. Aku masuk dalam cari minyak masak dan tepung gandum dengan tekun. Tak pernah aku tekun macam ni kalau buat kerja.

********************************************************************************************************

Balik rumah mak bising macam hantu. Aku beli tepung gandum.

Rabu, 24 Ogos 2011

CerRut 3: Ajar Puasa.


"Happy nampak?"

"Mestilah. Aku sudah dapat cuti Mat. Boleh beraya dengan family bakal bini aku. Hehe."

Mat Berahim tenung Bala dalam dalam. Kalau diikutkan hati memang dilempang si Bala ni. Masuk ni dah 2 tahun Mat Berahim tak dapat beraya kat kampung. Apa guna cuti raya kalau bukan hari raya pertama?. Mat Berahim rindu kampung. Rindu mak abah. Rindu adik beradik. Rindu anak buah. Rindu makwe makwe kampung. Abang Mat Berahim yang kerja gomen pangkat DG41 pun balik kampung. Inikan pulak Mat Berahim. Kerja technician. Mesti mak Mat Berahim kecik hati.

Hajat berhenti kerja dibatalkan. Kalau berhenti Mat Berahim nak raya pakai apa. Dia bukan kenal apa itu bank. Mat Berahim tak pernah menyimpan selalu meminjam. Duit Ajib yang dipinjam buat beli Rayban ori pun tak dipulang lagi. Nak berhenti kerja?. Ceh.

"Kau puasa tak hari ni Bala?"

"Puasa la. Sejak aku masuk Islam aku dah 4 hari puasa."

Mat Berahim kagum dengan Bala. Baru masuk Islam tapi semangat berpuasa dia tinggi. Mat Berahim semangat berpuasa kurang semangat beraya lebih. Mat Berahim geleng kepala. Kanan. Kiri.

"Mat bagi aku spanar hidup  tu."

"Nah" Mat Berahim hulur malas.

"Ei Bala kau tak puasa ea?" Mat Berahim terkejut dengan aksi Bala.

"Aku puasa la. Aku dah sahur tadi pagi. Aku dah niat sekali tau hehe"

" 'Hehe' kepala hotak kau!. Yang kau korek hidung tu apehal?"

"Sebab ada taik hidung la Mat. Tak kan nak biar dia bersarang dalam hidung mancung aku ni. Karang susah aku nak bernafas."

Mat Berahim geleng kepala. Kanan. Kiri. Dalam hati Mat Berahim berbisik. Dalam hati Mat Berahim berdoa.

"Ya Allah besar sungguh ujian ramadhan aku tahun ni"

Banyak lagi benda Mat Berahim kena ajar. Banyak lagi benda Bala kena belajar.


Selasa, 23 Ogos 2011

Janji

Tadi aku baca blog pengikut aku. Ada dua je pengikut aku. Tolak aku tinggal dia sorang. Blog gadis gadis. Sama macam gadis gadis lain. Warna pink. Menampakkan lagi kegadisan dalam blog. Aku memang kenal sangat dengan dia. Dia dengan stail penulisan dia yang panjang lebar. Dari sekolah sampai sekarang tak berubah.  Terus terang cakap kemahiran menulis aku lebih banyak dapat dari dia dari aku belajar dengan cikgu. Pehal aku belajar dari dia? Itu jangan ditanya. Nanti aku maluew maluew kucang.

Yang buat aku teruja apa? Entry dalam blog dia. Dari bulan 2 sampai bulan 8 dah 100 lebih. Baru enam bulan lebih. Apa makan budak ni. Jadi aku berjanj nak post 100+ entry untuk tahun 2011 dan menambah bilangan CerRut dari hari ke hari.

Ceh. Konon..


Isnin, 22 Ogos 2011

Bulan Puasa Punya Hal..


5 Ramadhan.

"Banyak lagi ke Yah?"

"Banyak."

"Sambung petang la Yah. Adek penat la. Nak dah sembahyang jumaat ni"

"Kalau nak rehat, rehat dulu Ayah nak habiskan nebas bahagian ni"

Aku tak buang masa terus duduk melepak bawah pokok. Seluk kocek baju kebun. Pelik. Tertinggal ke?. Aku seluk kocek seluar. Empat empat aku seluk. Kosong. Kunci Kancil adala. Raba raba satu badan. Shit. Hari ni puasa nak berasap apa nya?. Tak kan la nak bawak rokok time puasa. Aku terus duduk bertinggung bawah pokok. Surat khabar aku guna n=buat kipas. Panas bukan main lagi. Baru pukul sebelas pagi.

Aku tengok Ayah masih garuk lagi daun kering depan rumah. Aku makin rimas tengok Ayah. Bukan apa, tanah depan rumah ni bukan tanah Ayah. Tanah Haji Mat. Tanah dia bersemak macam setan. Bukan Haji Mat tau Ayah bersihkan tanah dia. Bukan dapat upah. Aku perati Ayah elok elok. Merah merah mata Ayah bakar daun kering. Aku bangun malas capai penggaruk.

"Dah Yah, Ayah rehat dulu biar Adek buat pulak."

"Buat dua orang lagi cepat kerja siap"

Macam tu lah Ayah. Kalau orang nak tolong macam macam alasan dia bagi. Aku terus garuk daun kering. Kumpul satu satu tempat. Potong buluh tua. Asingkan. Longgok. Garuk daun kering. Kumpul satu satu tempat. Potong buluh tua. Asingkan. Longgok. Dekat pukul 12 aku bakar. Asap bukan main cantik lagi. Memang tebal. Itu tandanya banyak pencemaran haha. Sambil bakar aku peratikan jugak sampah tu takut takut merebak sampai rumah sebelah. Bahaya beb.

Jam dah pukul dua belas suku. Ayah masih lagi dengan kerja dia. Aku memang penat tak ingat. Badan lepak habis. Haus satu hal. Lapar lagi. Dah la tak sahur. Dalam kepala hotak aku dah terbayang air jagung makwe bazar. Perghhh. Dua belas pat lima Ayah berhenti kerja. Terus masuk rumah. Mandi. Sementara tunggu ayah mandi aku basuh muka dekat dapur. Nampak jag berisi air masak. Aku telan air liur. Memang tak boleh tahan. Aku pandang belakang. Pintu bilik air tak terkuak lagi. Bunyi air ayah mandi masih kuat lagi. Aku bukak penutup jag.

"Sial"

Dalam jag penuh semut. Hati aku panas. Panas gila. Ayah keluar bilik air. Aku masuk. Mandi. Tengok air shower. Aku rasa nak nganga bagi air masuk terus dalam mulut. Tapi aku masih siuman. Pada aku kalau nak berbuka biar makan sedap sedap. Biar minum sedap sedap. Dah penat penat puasa nak buka air paip. Kejadahnya?. Ingat aku geng bas sekolah apa?.

Usai mandi aku bersiap. Keluar bilik aku nampak ayah dah tidur duduk bersandar ke dinding. Aku kejut ayah slow slow. Ayah bangun. Lemah. Merah merah muka ayah kena bahang matahari tak hilang lagi. Ayah tongkat lutut bangun perlahan lahan.

"Ayah kalau tak larat Ayah buka la"

Ayah senyum pandang aku.

"Kalau Ayah buka macammana Ayah nak bagi contoh yang baik pada Adek"

Ayah keluar rumah. Terincut incut. Masuk kereta. Duduk seat sebelah pemandu. Aku perhatiayah dari jauh. Petang  itu sepanjang solat jumaat tak habis air mata aku ngalir. Sujud syukur aku kepada Allah kerana menghantar semut supaya puasa aku tak terbatal. Sujud syukur aku Allah jadikan Ayah sebagai ayah aku.

Ahad, 21 Ogos 2011

CerRut 2: Cuti

CUTI.

cuti versi makwe pakwe

"Siap pun"

Mat Berahim senyum. Senyum tiga. Semua rasa gembira yang bermacam istillah menerjah hatinya kini. Dibaca permohonan yang dikarangnya sendiri. "Permohonan Cuti Sempena Hari Raya Aidilfitri".Semua butir butir maklumat telah ditulis. Semua protokol protokol penulisan permohonan telah diikut. Mat Berahim yakin permohonan cuti 3 hari sempena Aidilfitri akan dihantar ke bahagian sumber manusia Hotel Konon Konon.

Hari ini Mat Berahim berpakaian kemas. Berbaju kemeja bertali leher. Digayakan pula dengan seluar jeans yang agak lusuh. Memang. Memang itu bukan pakaian formal seorang technician hotel yang sentiasa berbaju tshirt ke tempat kerja, tapi apa salahnya Mat Berahim bergaya untuk hari penyampaian surat permohonan cuti. Tak salah bukan. Lagipun hari hari biasa Mat Berahim adalah staff paling selekeh sekali. Baju seluar yang lusuh. Seluar pun jarang jarang dibasuh. Koyak sana koyak sini. "Biar nampak old skoll sikit" bersahaja jawapan Mat Berahim bila ditanya mengenai seluar kusamnya itu.

"Ida nanti surat ni tolong bagi pada Mr Wong boleh? Aku nak cuti masa raya nanti." Mat Berahim mula bicara dan menyudah kata dengan senyum nipis. Terbit lesung pipit yang samar samar dipipi kirinya. Ida budak praktikal menyambut helaian permohonan cuti Mat Berahim dengan segan silu. Jelas kemerah merahan pipinya yang tidak diselaputi seinchi bedak sekali pun. Blushing kata orang putih. Mat Berahim berpaling meninggalkan ruang pejabat dengan bahan baru untuk kaum hawa perbualkan.

"Kau dah hantar borang cuti Mat" Ajib pecah kesunyian kerja dengan soalan.

"Dah. Kau dah?"

"Dah. Aku hantar sebelum puasa lagi dapat 3 hari. Sehari sebelum raya, hari raya pertama dengan kedua." Ajib bangga bercerita dengan Mat Berahim.

"Kau rasa aku boleh dapat tak? Tahun  lepas aku tak dapat cuti doh" Mat Berahim mengeluh. Nada hampa jelas kedengaran.

"Mesti dapat punya la. Kan Bala ada. Takkan la dia cuti jugak."

"Betul jugak tu Bala kan ada. Hahaha"

Mat Berahim lega. Dia teringat Bala, technician yang baru masuk 3 bulan lepas. Orangnya tegap hitam manis dan kelakar. Seingat Mat Berahim, Bala adalah orang India yang paling Melayu sekali dia pernah jumpa. Cakap Melayu tak ada pelat pelat. Kalau berbual orang akan ingat Bala India Muslim dari Pulau Pinang. Semua loghat Melayu boleh diajuk. Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan. Loghat utara sebelah mata Bala boleh ajuk. Memang tak heran kalau ramai makwe Bala sebelum sebelum ni perempuan Melayu. Memang tak heran.

Telefon bilik 2215 berdering. Panggilan untuk Mat Berahim mengadap Mr Wong. Mat Berahim seronok. Lincah dia berambus meninggalakan Ajib terkial kial service aircond bilik 2215 secara solo.

Mat Berahim ketuk pintu bilik Mr. Wong.

"Come in"

"Assalamualaikum. Eh err..Good Morning Mr Wong" Mat Berahim tepuk tepuk dahi. Lupa Mr Wong adalah Mr Wong.

"Good Morning. Hehe. Have a seat Mat" Mr Wong ketawa kecil dengan perangai Mat Berahim.

"Tadi you ada hantar permohonan cuti hari raya kan. Nah I sudah sign itu surat. Nanti you boleh cuti a hehe"

"Thank you Mr Wong, thank you" Mat Berahim keluar bilik Mr Wong. Gembira bukan main lagi.

Semua mata hawa yang memerhati tak dipedulikan. Dalam kepala dah terbayang wajah sanak saudara dan kampung halamannya. Dibaca surat itu untuk kesekian kalinya. Pelik. Mat Berahim pelik. Masuk balik bilik Mr Wong tanpa ketuk dan salam.

"Mr Wong betul ke surat ni?"

"Betullah you mintak cuti hari raya, I bagi la cuti hari raya meh"

"Tapi ini cuti hari raya ke tujuh, lapan dengan sembilan?" Mat Berahim makin menyirap.

"You Melayu raya sebulan kan? Ok la tu. Lagi pun Bala dengan Ajib sudah mintak cuti hari raya pertama dengan kedua. Siapa mau jaga hotel kalau you cuti? Bala mau raya dengan family bakal mertua dia.Dia kan sudah convert Islam kelmarin. You tak tau ka?" Mr Wong terang panjang lebar.

Mat Berahim menginggalkan bilik Mr Wong dengan mata berkaca. Dia meminjam komputer Ida dan mula menaip surat permohonan baru bertajuk "Permohonan Peletakan Jawatan". Dia cuba menahan marahnya pada Bala dan bersyukur atas kehadiran saudara baru dalam agamanya.




CerRut 1: Romen

ROMEN

threesome

14 Ramadhan. 1432 Hijrah. 2.30 PETANG.

Seusai menunaikan fardhu Zohor secara berjamaah disurau Wak Lamlee bingkas menuju ke kedai runcit milik keluarganya. Risau kalau kalau ada pelanggan yang terpaksa menunggu lama untuk membeli belah. "Pelangganlah sumber pendapatan perniagaan anda". Itulah pesan Khyrill Rashid DJ Silau FM kepada pendengar pendengar mereka. Sebenarnya Wak Lamlee tak layan sangat Silau FM. Wak Lamlee layan siaran radio yang segalanya di sini menggamit kenangan Klasik Nasional. Barulah sesuai dengan jiwanya yang retro.

"Traaaaaaa!!!!!" Pintu besi ditolak dikuak luas luas.

Wak Lamlee buka lampu kedai biar mudah pelanggan cari barang. Biar selesa. Wak Lamlee pasang radio. Klasik Nasional. Sambil mulut menyanyi lagu Hail Amer sambil menyapu depan kedai. Nak diharapkan anaknya Muhammad Hafifiy memang payah. Beli spender pun malu malu kucing apa lagi jaga kedai. Terpaksalah Wak Lamlee melepaskan anak bujangnya kerja di bandar dari melahu tak buat apa apa dirumah.

Tengah sedap Wak Lamlee menyapu, tiba tiba.

"Assalamualaikum tak jawab dosa kalau jawab suka."

Wak Lamlee toleh. Mencari pemberi salam. Jumpa. Encik Badol kemas berkemeja dan berkasut kulit. Rambut tersisir rapi. Yang kurang cuma satu. Seluar. Ya. Seluar. Encik Badol hanya memakai boxer.

"Astargfirallahalazim" Wak Lamlee mengucap panjang.

"Assalamualaikum tak jawab dosa kalau jawab suka." Encik Badol mula buat muka tak puas hati salamnya tak berjawab.

"Waalaikumussalam." Wak Lamlee menekan nekan jawab salamnya tanda menyampah dengan Encik Badol.

"Yea Wak suka dekat kita" Encik Badol senyum tepuk tepuk tangan. Gembira sungguh salamnya berjawab.

"Yang kau tak berseluar tengah tengah hari ni kenapa Badol?"

Diam. Encik Badol memandang muka Wak Lamlee dengan penuh benci.

"Yelah yelah. ENCIK Badol.. Kenapa Encik Badol tak pakai seluar?". 'ENCIK' sengaja ditekan tekan. Menyampah Wak Lamlee dengan manusia tak cukup seposen tu.

"Panas" Encik Badol selamba.

Encik Badol masuk kedai. Sampai belakang Encik Badol teroka. 2 minit kendian Encik Bandol keluar. Diletak tepung gandum dan 5 KG beras Jalaluddin Hassan atas counter bayaran tajaan syarikat Dunhill. Pantas Wak Lamlee mengira. Encik Badol Hulur note 50. Pantas Wak Lamlee pulang duit baki. Menyampah Wak Lamlee tengok misai kucing Encik Badol yang berjurai jurai macam pokok tanduk rusa.

"Wak nak tau satu rahsia tak?"

"Apa lagi kau ni?" Wak Lamlee meninggi suara. Tahap menyampahnya semakin hampir ke maksimum.

"Nak tau tak?"

Wak Lamlee diam. Ditenung muka Encik Badol dalam dalam. Kalau hari ni 25 Disember dah lama Encik Badol arwah dipaksa makan beras Jalaluddin Hasan campur tepung gandum guna penyapu sampah. Wak Lamlee mengucap. Ditarik nafas dalam dalam. Pejam mata. Buka. Senyum.

"Nak Encik Badol. Cerita pada Wak, rahsia apa yang Encik Badol tahu tu." Wak Lamlee senyum sambil ketap gigi. Geram amarahnya disimpan dalam dalam. Bulan puasa. Encik Badol sempurna fizikal. Cacat mental. Apalah sangat kalau dilayan sekejap gila Encik Badol ni.

Encik Badol senyum.

"Tadi pagi sebelum sampai sini saya nampak orang romen"

"Ish kau biar betul. Kau nampak kat mana? Entah entah bukan orang tak?" Wak Lamlee cuba menyakat Encik Badol.

"Wak saya tak buta la. Sya pun tak gila tau. Saya tau hantu syaitan ni kena kurung masa bulan Ramadhon"

"Habis tu kamu kenal ke siapa yang berzina tu. Ada kamu repot pada JKK kampung? Benda benda ni tak boleh dibiarkan Encik Badol. Ada ke budak lain yang nampak sekali?" Wak Lamlee mula serius selepas mendengar perkataan 'Ramadhon' dari mulut Encik Badol. Persis alim ulama Parti Cap Bulan.

"Ada Wak. Saya, Wan Takek, Aliff Si Pari Pari dengan Anak Wak, Muhammad Hafifiy."

Wak Lamlee pelik. Macammana pulak anak dia boleh berkawan dengan Encik Badol. Selalu hujung minggu macam ni memang payah dia nak bangun awal. Tapi dalam hati Wak Lamlee ada sedikit bangga. Anaknya akan membantu membanteras zina dikampung.

"Kamu kenal ke siapa yang beromen tu? Dia buat projek dekat mana?" Wak Lamlee mula ketatkan kain pelekat. Siap sedia nak gempur maksiat dalam kampung.

"Saya tak kenal budak laki tu tapi yang perempuan Muhammad Hafify cakap nama dia Maria binti Ozawa. Saya nampak dia romen dalam komputer lipat Muhammad Hafify."

Diam.

Wak Lamlee pandang Encik Badol. Wak Lamlee pandang beras Jalaluddin Hassan. Wak Lamlee pandang tepung gandum. Wak Lamlee pandang penyapu sampah.

***********************************************************************************************

Besoknya tajuk hadapan Mingguan Metro berbunyi:

"Empat Remaja Dipaksa Makan Beras Cap Jalaluddin Hassan Campur Tepung Gandum Menggunakan Penyapu Sampah"


CerRut (Pengenalan dan Penjelasan Konon..)

CerRut adalah akronim bagi CERITA MENGARUT.

Semua karya (ceh konon karya) ditulis oleh aku dari imaginasi dan pemerhatian sekeliling. CerRut yang ditulis tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah arwah. Segala persamaan watak dan tempat adalah tak disengajakan. Maka royalti (ceh konon royalti) tak boleh dituntut.

Ceh Konon..



Rabu, 10 Ogos 2011

Pemberitahuan


Kau tau? Tak tau? Meh aku bagitau.

Ayat yang paling power time puasa ialah:

1) "Saya gastrik encik"

2) "Gastrik abah kau!!"


Sabtu, 6 Ogos 2011

Bazar Ramadhan dan Makwe Air Bungkus

Hari ni aku pergi bazar dengan Ayah. Ayah lepak dalam kereta aku pergi beli juadah. Mak pesan "Karipap dengan air je yang laen dah siap sampai rumah tinggal tunggu azan je". Aku jalan masuk bazar Taman Sentosa. Banyak orang jual air tapi satu pun aku tak berkenan.

Sambil jalan tu aku rasa macam ramai pulak yang tengok aku. Makwe terutamanya. Senyum senyum. Yang pakai tudung Wardina senyum senyum. Yang pakai tudung Rosmah senyum senyum. Yang pakai track suit senyum senyum. Aku dah cakap memang muka aku ni pan asian. Ramai makwe suka tengok. Sejuk hati.

Tengah cari cari air aku dengar satu suara makwe.

"Bang. Air bang. Murah je bang"

Aku toleh kanan. Toleh depan. Toleh belakang. Tak jumpa. Jalan lagi.

"Bang. Air bang. Murah je bang"

Aku toleh kanan. Toleh depan. Toleh belakang. Tak jumpa. Jalan lagi.

"Bang. Air bang. Murah je bang"

Aku toleh kanan. Jumpa. Aku pergi kedai makwe tu. Makwe tu nampak aku. Senyum senyum. Ceh. Jatuh cinta lettew. Payah ada muka style pan asian ni. Sekejap sekejap dapat cinta.

"Air bang. Sebungkus 2 ringgit" makwe.

"Bagi air jagung 2 bungkus"

"Tapi kalau beli 3, 5 ringgit je bang. Untung beli 3"

Ceh makwe ni. Ingat aku tak tau ke modal air satu tong ni baru 4 ringgit kodial saje. Campur gula singgit nam posen. Total 6 ringgit pun tak sampai. Dah bape banyak untung kau. Air sebungkus ni patut jual 5 posen je kalau tak nak makan riba. Makwe makwe sekarang ni memang dah pandai maen riba. Aku geleng dalam hati. Ingat aku mudah sangat ke ditipu. Ceh.

"Bagi 3 bungkus" Aku hulur 5 ringgit.

Makwe ambil duet senyum senyum. Bungkus air. Makwe makwe laen yang satu gerai pun senyum senyum tengok aku. Sambil tu bisik bisik dengan geng geng makwe seangkatan. Mesti makwe makwe ni setuju kalau aku kapel dengan makwe jual air ni. Aku senyum balek bagi nampak lesung pipit yang hampir pupus. Baru nampak ganteng.

Masuk kereta ayah tanya.

"Beli apa?"

"Yang mak pesan la. Karipap dengan air"

Ayah tengok aku atas bawah.

"Sekarang memang pesyen ke pakai seluar tak zip abis?"

Dalam perjalanan pulang kerumah agam kami, aku mula berkira kira nak kembangkan fesyen tak zip seluar ni sampai ke Amareka.

Ceh. Konon.

Khamis, 4 Ogos 2011

Terai Test Konon Seram

Layang layang


layang layang pakwe makwe

Khamis. 5 petang.

Rumah no. 368 Taman Muhibbah Fasa Baru lengang. Rumah penuh tapi tak riuh macam biasa. Lemah. Longlai. Lemau. Nak kata puasa belum tiba masa. Nak kata periksa belum habes baca. Wak Kontol tekup muka. Doa habis dibaca. Penghuni laen maseh terbongkang depan tv. Ada tidur, ada maen laptop, ada maen pelir. Wak Kontol geleng dua kali. Kanan. Kiri.

"Ini hari baek bulan baek korang tau kan. Kenape korang berperangai macam haiwan hibernasi. Lemah sepanjang masa?" Wak Kontol bagi soalan umum.

Sunyi. Tiada balasan. Maseng maseng sibuk dengan hal maseng maseng. Maseh terbongkang depan tv. Ada tidur, ada maen laptop, ada maen pelir. Wak Kontol geleng dua kali. Kanan. Kiri. Angin yang bertiup masuk ke rumah menyalakan mentol idea Wak Kontol.

"Hari baek bulan baek ni apa kata kita maen layang layang." Wak bagi cadangan umum.

Seperti kena renjatan maseng maseng bingkas setuju. Petang tu rumah no. 368 Taman Muhibbah Fasa Baru kembali riuh. Penyapu lidi yang biasa tak bersentuh, dicabul sebatang demi sebatang. Akhbar lama yang dibuat alas makan di julang martabat. Dibuat layang layang. Syafiq Naked paling berkecah. Almaklumlah anak bandar. Layang layang tak pernah dibuat sendiri. Bila diajar gembira bukan maen lagi.

Lima setengah petang maseng maseng sedia nak keluar rumah. Terbangkan layang layang. Hati dah gembira. Tiba tiba gerimis mengundang. Penghuni rumah no. 368 Taman Muhibbah Fasa Baru bermuram durjana. Maseng maseng kembali pada aktiviti asal. Terbongkang depan tv ada tidur, ada maen laptop, ada maen pelir. Wak Kontol geleng dua kali. Kanan. Kiri.

Malam.

Lepas balek makan, angin tiup kencang. Syafiq Naked seronok. Langit tak gelap. Tapi angin bersapah malam itu. Diajak kawan laen terbangkan layang layang. Yang ikut cuma Wak Kontol dengan Fadil Penisman. Bertiga mereka ke padang sebelah rumah. Disitu ada court takraw, jongkang jongkit, dan pokok besar tepi padang.

"Gambar siapa kau letak ni" Fadil Penisman pelik dengan design layang layang Syafiq Naked.

"Maria Ozawa" selamba jawapan Syafiq Naked.

Fadil Penisman kenal benar dengan Maria Ozawa. Dia peminat tegar. Tapi gambar Maria di layang layang Syafiq Naked agak janggal. Gerbang sikit rambutnya.

"Ah! Persetan semua tu. Dia aktress berjasa. Rambut pasti macam macam cara." Fadil Penisman bermonolog.

Fadil Penisman pegang layang layang Wak Kontol. Wak Kontol lari. Fadil Penisman lepas. Layang layang terbang. Fadil Penisman pegang layang layang Syafiq Naked. Syafiq Naked lari. Fadil Penisman lepas. Layang layang terbang. Maseng maseng seronok. Fadil Penisman masuk rumah. Panggil yang laen. Yang laen keluar. Seronok. Tangkap gambar. Makin malam makin kuat angin tiup. Makin kuat angin tiup, makin panjang benang dilepas. Makin panjang benang dilepas makin tinggi layang layang terbang. Seronok.

Benang layang layang Wak Kontol panjang. Akal Syafiq Naked pendek. Sama pendek dengan benang layang layang. Dilepas lepas, benang layang layang lepas terus dari botol. Layang layang terbang. Tersangkut atas pokok tepi padang.

"Jadi orang cuba cerdik sikit" Apizi Puting Berbulu menganjing.

Syafiq Naked mencebik. Dia bengang. Jalan ke pokok tepi padang. Mula panjat nak capai hujung benang layang layang.

"Oi kat pokok tu banyak hantu kah kah kah!" Apizi Puting Berbulu menganjing lagi. Disambut gelak tawa kawan kawan.

Syafiq Naked capai hujung benang. Dapat. Direntap  benang.

"Bappp!" layang layang jatuh.

Bunyi macam buah kelapa gugur. Layang layang hujung sana. Syafiq Naked sini. Malas nak berjalan, Syafiq Naked gulung benang pada botol. Baru satu pusing,

"Tapppp!" lampu padang terpadam. Black out satu Taman Muhibbah Fasa Baru.

"Sial" Syafiq Naked pantas gulung benang.

"Ayook tinggal sorang!. Ayook tinggal sorang!" Apizi Puting Berbulu menganjing lagi.

Yang laen lari masuk rumah tinggalkan Syafiq Naked. Layang layang Wak Kontol dibiar terlepas. Tak berani dia gelap gelap sorang sorang. Sambil lari sambil jemaah dengan yang laen menganjing Syafiq Naked. Syafiq Naked cuak tapi beranikan diri juga.

"Pehal macam panjang pulak benang ni. Tadi pendek sangat." Syafiq Naked monolog.

Digulung gulung lagi makin terasa berat layang layang. Digulung gulung lagi benang basah. Agak likat. Tak macam air. Lagi pekat. Malam gelap Syafiq Naked tak nampak. Digulung gulung lagi, layang layang sampai depan kaki. Syafiq Naked rukuk, pegang layang layang. Angkat. Agak berat. Syafiq Naked laju balek rumah. Dalam hati bangga dapat bawak balik layang layang. Tak macam Wak Kontol. Bacul.

Sampai rumah. Gelap. Masuk ruang tamu. Syafiq Naked pelik. Lantai basah. Busuk.

"Kau bawak balek apa tu?" Fadil Penisman ragu ragu. Tanya dalam gelap.

"Layang layang"

"Tappp!" lampu rumah nyala..

"Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!" Wak Kontol mengucap. Jari tuding 'layang layang'

Mata pandang 'layang layang'. Satu rumah terkejut. Satu rumah melolong. Kepala 'layang layang' lunyai. Lidah 'layang layang' terjelir. Pipi 'layang layang' berulat. Usus 'layang layang' berjurai. Darah 'layang layang' tumpah hanyir. Syafiq Naked bawak balik kepala penanggal.  Malam tu rumah no. 368 Taman Muhibbah Fasa Baru riuh. Riuh dengan kepala penanggal yang terbang berlegar dalam rumah.

Rabu, 3 Ogos 2011








terai test

Potong Rambut siri 2

Potong Rambut siri 2

Dari minggu lepas dah pasang hajat. Potong rambut. Tak jadi juga. Ceh. Konon.

Hari ni tiada Sin Chan tiada Doraemon. Tiada sebab untuk amoi cuti. Yang ada cuma Naruto. Amoi benci Naruto. Aku agaklah.

Niat hari ini. Janji hari ini. Sempena penghulu segala hari. Biar makbul hajat. Aksinya esok juga. Ceh. Konon.

Hari ini ada Sin Chan. Ada Doraemon. Gerak awal. Tak boleh salahkan Sin Chan. Tak boleh salahkan Doraemon.

Keluar rumah pukul 5. Maaf tiada kancil turbo. Ayah guna jenguk orang kawin. Harap-harap balek ada bontrot.

Yang ada hanya Kriss. Ya. Modenas Kriss. Dari dekat jelas kelihatan parut-parut penderitaan. Dari Kak Wa bawak ke Kak La turun ke Pozan sampai ke aku. Semua pernah accident.

Manis. Ya. Manis bagi kami. Pahit untuk Kriss. Perit untuk Ayah. Duit Ayah. Aksi kami. Tak apa. Asal Kriss kembali bernyawa. Asal anak kembali bersuka. Duit. Apalah sangat.

Kriss dihidupkan. Agak payah. Lebih tendang. Lebih pulas. Baru bernyawa. Ah motor seusia calon UPSR begitulah. Dari Parit Mesjid ke Tambak tiada yang perhati. Sifat manusia. Mahu yang hebat. Tolak yang lambat.

Maseh awal. tak perlu berkecah. Kedai amoi pasti banyak yang buka. Sampai Tambak. Nah sekarang lihat. Banyak pilihan. Hadiah tepati janji. Tepati masa.

Masuk satu kedai. Aku lupa. Apa nama. Yang penting model papan tanda seksi. Aku suka. Laen benar suasana. Biasanya bau bedak bau kapur barus lagu tamil. Itu kedai Ravi. Ini kedai Amoi. Bau shampu bertebaran. Bau perfume berkeliaran. Lagu K-POP bergendangan. Laen hias. Laen rias. Suka. Sangat suka. Aku sangat suka.

Semua hawa. Satu setengah Adam. Aku satu. Setengah lagi seekor sotong berkulit manusia. Cina. Pelik?. Ah! Persetan dengan semua tu. Doktrin bangsat ni bukan kenal bangsa. Asal songsang nafsu semua jadi mangsa.

Aku duduk di ruang menunggu. Ramai. Ada tua. Ada muda. Ada kampungan. Ada baratan. Hajatnya sama. Potong rambut. Datang amoi cina beri nombor giliran. Beri menu. Ya. Menu. Bukan restoran gedebe saja ada menu. Salon Amoi pun ada. Taknak kalah. Mungkin.

Aku perhati menu. Siap harga. Ceh. Konon. Dari wanita sampai jejaka. Semua sama. Wanita cantik menggoda. Jejaka jambu perkasa. Menu kejadah ni. Gambar sampai ke pusat. Dibahagian wanita agak lama. Ah peduli hapa. Aku jejaka. Bukan sotong Cina.

Bahgian jejaka semua sama. Mahkotanya lurus.Punyaku simpang siur. Keringting. Dari muda sampai tua. Fesyenku sama. Afro. Botak. Dua saja. Masuk alam kerja mahu jadi laen. Hajat biar senang dapat makwe. Hajat biar senang dapat kerja.

Ini soalnya. Menu apa aku nak pilih?. Amoi semakin mendekat. Keputusan belum dibuat. Ah amoi saja. Tahun 2 maren sebelah mata aku bersajak IBU depan ratusan makwe. Puluhan bakal mentua. Tahun 6 lepas aku berlagu riang hargai pedidik. Juga sebelah mata.

Amoi terpacak depan mata. Mata jumpa mata. Aku senyum satu. Tutup dua belah mata. Kantuk. Ah laen kali la sambung cerita.

Ceh. Konon.

Terawikh

Terawikh.

Ini cerita pasal Terawikh. Ya. Solat Terawikh. Semua pernah kan. Kalau yang tak pernah tu aku bloleh anggap kamu ni kafir saja. Yang buat 8 saja boleh salam aku sekarang. Kita sama. Kalau yang buat penuh tu alhamdulillah. Syurga menantimu.

Kalau dulu Ayah ajak aku solat Terawikh, aku memang liat. Cari alasan. Itu ini. Itu ini. Sakit perut. Tak siap kerja rumah. Tapi semua gagal. Last last memang kena ikut juga. Malas malas pergi pun seronok juga bila sampai surau Sri Pinang. Orang solat kita maen bawah surau. Orang solat kita makan moreh Isyak. Solat tidak maen lebeh. Solat tidak makan lebeh. Tapi itu cerita dulu. Dulu. Masa belum sunat. Masa belum baligh. Aku nak cerita hal tahun lepas.

Tahun lepas aku dengan Ayah kalau solat terawikh hanya di masjid Taman Damai. Sebab utama, ada air cond. Sejuk. Selesa. Khusyuk. Ya. Khusyuk. Persekitaran yang selesa menambah rasa khusyuk ketika solat terawikh. Ini teori aku. Ayah tak kesah solat mana. Aku bawak kereta. Dia ikut saja.

Nak jadi cerita malam tu aku lambat. Orang dah masuk Isyak rakaat ke 3. Aku masbuk. Usai solat isyak, doa, solat sunat. Aku rabun. Jadi kalau solat cermin mata aku tanggalkan. Aku letak bawah. Budak budak macam biasa kalau time solat sunat mereka sibuk. Sibuk depan belakang. Lari depan belakang. Aku lempang sorang sorang baru tau. Ah aku dulu pun macam tu juga. Konon.

Tengah aku khusyk solat sunat, ada budak lintas laju depan aku. "Prakkkkk" bunyi kuat. Aku dapat agak apa jadi. Untuk mendapat pahala solat sunat, aku habeskan juga solat sunat. Habes bagi salam aku tatap cermin mata aku. Yes. Budak budak taman ni memang pandai bergurau. Spek aku patah dua. Maseng maseng memang mintak kene babap dengan Abang Buyip.

Malam tu aku terawikh langsung tak khusyuk. Dengar suara budak maen je aku rasa nak debik sorang sorang. Sampai sekarang aku cari budak kecik terawikh pakai baju Upin Ipin. Kalau dapat memang aku potong bagi orang masjed buat bubur lambok.

Ceh. Konon.

Selasa, 26 Julai 2011

Tengok Bola

Tengok Bola

Malam itu istimewa. Ada bola. Malaysia lawan Chelsea. Menarik. Menonton dirumah. Agak janggal. Bersama mak ayah. Ya mungkin berbeza.


Sate sudah sedia. Made in depan kilang Wearns. Sampingan ketika pancaindera berkerja. Mata menonton. Telinga mendengar. Mulut mengulas. Siaran tidak tertunda. Alhamdulillah di Malaysia.


801. Astro. Ya. Astro. Bergaya bukan. Sepak mula. 5 minit. Mata maseh berkerja. Menonton. Memerhati. Mengerlip. Mulut maseh berkerja. Mengunyah. Memaki. Memuji. Telinga maseh berkerja. Mendengar. Mendengar. Mendengar.


10 minit. Hambar. 15 minit. Maseh hambar. 20 minit. Makin hambar. Corak permainan agak kemas. Kurangnya hanya satu. Bahasa. Bahasa penjajah bukan pilihan keluarga barangkali.


Ayah ketua keluarga. Bersuara pemerintah. Memerintah.


"Buyip, tuko 101. Dengo Hasbullah Awang ngulas lagi best woo oo oo"


Ayah. Ya. Ayah aku. Seriusnya disuntik humor. Keturunan barangkali. Jangkit aku. Ayah atasan. Aku bawahan. Ayah ucapkan. Aku jalankan. Pegang kawalan. Eja 1 0 1 atas butang kawalan. Hitam sedetik. Siaran bertukar. Pelangi kembali.


"Dah dah tak payah tuko tuko. Dengo tilawah ni bagos. Tengok bola maseng-maseng macam orang hape dah" suara mak dari belakang. Keras bunyinya. Tajam sindirnya.


Ah! telat. Aku pandang ayah. Ayah pandang aku. Maseng-maseng geleng. Dalam kaca ada manusia. Hitam wajahnya. Sasa tubuhnya. Merdu suaranya. Indah ayatnya. Anugerah tuhan pada manusia. Malam itu tiada Obi Mikel. Yang ada hanya rakan senegara. Beza. Obi tengah. Dia qariah. Obi lari. Dia duduk. Obi menjerit. Dia mengaji.


Bunyi buzzer. 2 kali. Panjang. Dia tamatkan bacaan. Rumah masih sunyi. Ayah pecah sunyi.


"Lidi sate ni kalau buat tuding ngaji bagos kan mak" ayah cuba naseb.


Mak mencebik. Kendian senyum. Senyum manja. Ayah suka. Senyum. Senyum tiga. Aku perhati. Hati mula berkerja. Hati mula mengulas. Hanya satu kata. "ROMANTIK".

Beli Seluar

Beli Seluar

Khamis nak tengok bola. Malaysia lawan Singapura. Harimau lawan Singa. Cakap lawan Bilang. Kita tengok siapa menang. Dalam hati dah berapi. Dalam kocek dah berisi. Dalam seluar dah berdiri. Sial. Ape aku mengarut ni.


Bukit Jalil. Aku pergi. Kau? Pergi? Bagus. Kau? Malas? Pergi mati. Sempena pergi. Aku hajat hati. Seluar baru akan ku beli. Seluar lama koyak disisi. Sisi. Ya. Sisi butang. Gerak sikit. Kote berdiri. Gerak bundle. Sebelah CC.


Masuk Bundle.


"Bang seluar jeans kat mane?" ringan mulut.


Mulut katup. Tuding atas. Paham. Terima kaseh Si Bisu. Naek atas. Cibai. Blaus, tudung ekin, tudung mawi, tudung wardina, tudung salji, tudung luruh, tudung rosmah, kotang, pentis, stokin lengan, stokin betis, stokin kaki, seluar sendat, seluar jarang, awek seksi. Ape ni?. Owh lupa. Atas lagi.


Atas lagi.


Sampai atas. Banyak. Suka. Senyum tiga. Pilih. 35 35 35 35 35 35 35 35. Jumpa. Harga? Pergi mati. Poket berisi. Pilih lagi. 34 34 34 34 34 34. Jumpa. Harga?. Pergi mati. Poket berisi.


"Dek fitting room mane?" ringan mulut.


Mulut katup. Tuding sana. Paham. Terima kaseh Si Bisu V2. Jalan. Sampai. Ada orang. Sial. Dengar suara. Makwe. Merdu. Takpe. Tunggu. Tunggu. Tunggu. Tunggu. Tunggu. Tunggu. Sial. Lama.


Bunyi selak. Berdebar. Nak tegur tak. Nak tegur tak. Nak tegur tak. Makwe keluar. Gemuk. Pantas. Pandang atas. Pandang bawah. Pandang atas. Pandang bawah. Makwe hilang. Masuk. Sial. Kotang tinggal. D. Tak muat lettew.


Ada cermin. Bagus. Cuba satu. 34. Sempit. Tak muat. Jadah?. Cuba satu. 35. Sempit. Tak muat. Haramjadah. Kecewa. Marah. Keluar. Mode gangster. Cari Si Bisu V2. Jumpa. Jalan. Ringan mulut.


"Dek saiz 36 ade?"mode gangster.


"Oh dalam lori lagi kut. Baru bukak kedai la. Tak habis kemas lagi" Si Bisu V2.


Marah. Genggam tangan. Mulut katup. Kedebik. Kedebik .Kedebik. Muka si bisu hancur. Tangan kiri merah. Darah Si Bisu V2. Turun kedai. Keluar.


"34 35 tu saiz anaroxia. 36 saiz manusia biasa. Itu pun nak kene ajar"


Ceh. Konon..

Maen Bola

Maen Bola

Dulu. Aku kuat lari. Ya. Lari. Perkara asing bagi mereka yang kenal aku sekarang. Dulu. Bukan sekarang. Dulu tegap. Sekarang buncit. Macam babi. Ya. Babi. Beza. Babi haram. Jika disentuh muslim. Aku halal. Jika disentuh muhrim. 

Aku tak punya bakat. Bakat sukan. Tidak. Tak macam Ayah. Tak macam Pozan. Ayah maen bola. Pozan maen bola. Ayah maen bola tampar. Pozan maen bola tampar. Sama. Bakat turun secara terus. Untung. Ya. Untung Pozan. 

Aku tak tahu gelecek. Aku tak tahu dingging. Aku cuma ada satu. Stamina. Ya. Stamina. Kedengaran janggal bukan. Sebab tu kalau maen bola posisi sama. Bet. Dari muda sampai tua. Sama saja. Aku pandai kejar bola. Aku bodoh hantar bola. Kejar separuh mati. Hantar separuh kaki. Tah mana-mana. Sial. 

Masa muda. Bahagi kumpulan kena adil. Tak boleh buyers. Muda-muda dah diasuh berlaku adil. Dah tua lupa segala. Jahanam. Bahagi kumpulan. Kaedah sama. MI LO. Kau MI aku LO. MI LO. Hampar jari. Keluar berapa banyak jari kau nak. Yang penting jari tangan. Hujung MI aku tim sini. Hujung LO kau tim sini. Kalah tim sana. Apa?. Tak paham?. Tak reti MI LO. Kau memang malang. Pegi mampus sekarang.

Tim sini dapat aku. Macam biasa. Tarik muka. Jahanam. Dongeng. Kalau tim dengan aku mesti kalah. Sial. Percaya tahyul. Karut. Takpe. Hidup mesti terus. BLUES UNTUK AKU yang ajar. Macam biasa. Posisi aku. Bet. Belakang aku keeper. Asrap. Ini keeper paling cemerlang. Daip tinggi. Macam Scemaikel. Beza. Asrap itam. Scemaikel puteh. Sebelum sepak mula. Asrap sarung Osaki puteh kat tangan. Grip lebih. Mungkin. Tiang gol takde. Selipar gol ade. Satu belah kanan. Satu belah kiri. Luas. Ikut 3 langkah Izadin. Mamalia paling godang dalam padang.

Sepak mula.

Bola bertukar kaki. Kejap Syazwan. Kejap Pozan. Kejap Jogernut. Kejap Zali. Aku maseh berlari. Kejap kanan. Kejap kiri. Kejap kanan. Kejap kiri. Bola maseh tiada dikaki. Lari. Lari lagi. Maseh lari. Tak dapat juga. Kejap atas. Kejap bawah. Kejap atas. Kejap bawah. Bola maseh tiada dikaki. Lari. Lari lagi. Maseh lari. Tak dapat juga. Jerit dah jerit. Lambai dah lambai. Semua formula Pojan aku dah terapkan. 

"Mintak bola, angkat tangan ke, bagi isharat ke". Semua gagal.

Dekat maghrib budak-budak beransur. Hapah sentuh bola pun tidak. Penat yang dapat. Haus. Hujung padang ada paip. Minum. Beratur kalau nak minum. Sial. Kalau maen bola macam ni kan bagus. Beratur. Semua dapat sepak bola. Baru adil. 

Sampai rumah ngadu dengan Pozan. Dia bagi satu nasehat yang sangat rasional. 

"Kalau maen bet jage bawah je la. Yang kejor bola satu padang sape suroh. Memangla tim Buyip selalu kalah.Bet ilang"

Ah salah sendiri. Lembu. Besok petang aku azam maen keeper. Tak payah lari lari. Nak daip kena pakai stamina juga. 

Ceh. Konon..









Ahad, 24 Julai 2011

Potong Rambut

Lepas kena reject banyak kali masa interview baru terfikir. "Rambut aku panjang macam gampang. Kembang pulak tu. Macam mana orang nak ajak buat bisnes juta juta". Tepuk dahi. Tak boleh tidak. Hari ni kena potong rambut. Pasak niat dalam hati. Mesti.Wajib. Muktamad. POTONG RAMBUT!!

Pukul 7 baru keluar rumah. Sin Chan dah mula. Abaikan. Nafsu semua tu. Hajat nak potong dengan Ravi. Tapi ingat balik peristiwa peristiwa lepas. Tak jadi. Kena urut makin sengal. Jahanam Ravi. Pasang niat baru. Nak gunting dengan amoi.

Masuk kereta. Hidupkan enjin. Maen minyak. Hmm sedap. Bunyi memang boleh pergi jauh. Kucing bawah kereta semua lari. Gerun. "Ceh baru lu tau kemegahan kancil turbo ini wahai kucing jahanam" aku berbual dalam hati. 

Sepanjang perjalanan dari parit mesjid ke tambak semua mata tertancap pada kancil turbo. Sampai traffic light maseh ramai yang tengok. "Ceh baru lu tau kemegahan kancil turbo ini wahai rakyat marhaen" aku berbual dalam hati.

Sebelah kancil turbo, wira. Suami isteri. Isteri pandang kancil turbo. Maseh ada 60 saat sebelum kancil hilang. Isteri tenung dalam dalam. Muka makin ronyok. Pandang suami. Ngadu. Drama mula."Abang saya takut. Bunyi kancil sebelah macam naga. Pemandu pula kacak macam Naga Merah". Suami dakap isteri. Usap belakang. "Sabar sayang. Maseh ada 30 saat". Suami pujuk. Aku geleng.

30 saat tamat. 

Kancil hilang. Dicermin sisi suami isteri bersorak. Bahagia. Lega. Penderitaan berakhir. Aku geleng. 

Sampai tambak usha kedai amoi. 

Tutup. Tutup. Tutup. Tutup. Tutup. Tutup. Tutup. Tutup. Tutup. Tutup. Tutup. Tutup. 

Semua tutup. Sial. Yang buka cuma mulut. "Laen kali je la potong..."

Ceh..Konon....

belong konon..ceh

belong konon..ceh.
Boleh la janji ada.
Buat tulis tulis.
Buat baca baca.

Ceh. Konon.