Ahad, 23 Oktober 2011

Lupa

Lupa

Lepas balik dari surau aku terus ngadap facebook. Hajat nak check page Ustaz Azhar Idrus, tapi bila log in saja setan notification bersepah. Kebanyakannya dari makwe yang nak berkenalan. Layan sekejap. Sekejap ja lepas tu bukak la page Ustaz Azhar tu.

"Dik pegi Dragon kejap" suara Mak dari luar bilik tembus pintu

Aku malas malas bangun tinggalkan kerusi dengan facebook. Dalam hati ada panas sikit la tapi kalau panas dengan mak sendiri aku nak cium bau apa? Tapak kaki?

"Nak beli apa mak?"

"Beli minyak dengan tepung goreng pisang. Ayah nak makan goreng pisang pulak ni"

"Tu je?"

"Tu je la. Banyak banyak karang Adik lupa nanti"

Ceh orang tua ni. Dua benda je kot. Mestila ingat. Sejarah time kat sekolah dulu A manjang kot. Aku masuk bilik capai kunci Kancil dengan dompet. Time nak keluar rumah Mak tanya lagi.

"Ingat tak nak beli apa?"

"Ingat la. Minyak dengan tepung gandum"

Mak geleng kepala. Ambik kertas. Tulis. Bagi dekat aku senarai yang nak dibeli.

********************************************************************************************************

Sampai Dragon aku macam terkejut. Aku jumpa kawan Ayah. Anak kawan Ayah ni jugak adalah kawan aku time sekolah rendah dulu. Sebagai pemuda berusia 21 tahun adalah afdal untuk aku menegur warga tua. Lebih lebih lagi bagi mereka yang ada anak dara. Barula nampak abang abang.

Kawan Ayah tengah bayar kat kaunter Dragon. Dalam kepala aku dah ready apa nak cakap. Dah setting lenggok cakap mode abang abang. Aku diri betul betul depan dia. Sapa. Hulur tangan. Senyum. Cakap.

"Ini Pakcik Helmi kan? Bapaknya Sani? Sihat cik?" Gua salam tangan beliau sambil senyum matang dan mesra.

"Sani bapak kau. Aku la Sani nya. Helmi anak aku!!!"

Dragon tengok aku sengih sengih. Bini Dragon tengok aku sengih sengih. Anak dara Dragon tengok aku sengih sengih. Menantu Dragon tengok aku sengih sengih. Aku sengih sengih. Tanda malu yang maha besar. Malu dia macam terpijak taik kucing pakai kasut sekolah.

Slow slow aku lepaskan tangan Pak cik Sani. Aku masuk dalam cari minyak masak dan tepung gandum dengan tekun. Tak pernah aku tekun macam ni kalau buat kerja.

********************************************************************************************************

Balik rumah mak bising macam hantu. Aku beli tepung gandum.

Rabu, 24 Ogos 2011

CerRut 3: Ajar Puasa.


"Happy nampak?"

"Mestilah. Aku sudah dapat cuti Mat. Boleh beraya dengan family bakal bini aku. Hehe."

Mat Berahim tenung Bala dalam dalam. Kalau diikutkan hati memang dilempang si Bala ni. Masuk ni dah 2 tahun Mat Berahim tak dapat beraya kat kampung. Apa guna cuti raya kalau bukan hari raya pertama?. Mat Berahim rindu kampung. Rindu mak abah. Rindu adik beradik. Rindu anak buah. Rindu makwe makwe kampung. Abang Mat Berahim yang kerja gomen pangkat DG41 pun balik kampung. Inikan pulak Mat Berahim. Kerja technician. Mesti mak Mat Berahim kecik hati.

Hajat berhenti kerja dibatalkan. Kalau berhenti Mat Berahim nak raya pakai apa. Dia bukan kenal apa itu bank. Mat Berahim tak pernah menyimpan selalu meminjam. Duit Ajib yang dipinjam buat beli Rayban ori pun tak dipulang lagi. Nak berhenti kerja?. Ceh.

"Kau puasa tak hari ni Bala?"

"Puasa la. Sejak aku masuk Islam aku dah 4 hari puasa."

Mat Berahim kagum dengan Bala. Baru masuk Islam tapi semangat berpuasa dia tinggi. Mat Berahim semangat berpuasa kurang semangat beraya lebih. Mat Berahim geleng kepala. Kanan. Kiri.

"Mat bagi aku spanar hidup  tu."

"Nah" Mat Berahim hulur malas.

"Ei Bala kau tak puasa ea?" Mat Berahim terkejut dengan aksi Bala.

"Aku puasa la. Aku dah sahur tadi pagi. Aku dah niat sekali tau hehe"

" 'Hehe' kepala hotak kau!. Yang kau korek hidung tu apehal?"

"Sebab ada taik hidung la Mat. Tak kan nak biar dia bersarang dalam hidung mancung aku ni. Karang susah aku nak bernafas."

Mat Berahim geleng kepala. Kanan. Kiri. Dalam hati Mat Berahim berbisik. Dalam hati Mat Berahim berdoa.

"Ya Allah besar sungguh ujian ramadhan aku tahun ni"

Banyak lagi benda Mat Berahim kena ajar. Banyak lagi benda Bala kena belajar.


Selasa, 23 Ogos 2011

Janji

Tadi aku baca blog pengikut aku. Ada dua je pengikut aku. Tolak aku tinggal dia sorang. Blog gadis gadis. Sama macam gadis gadis lain. Warna pink. Menampakkan lagi kegadisan dalam blog. Aku memang kenal sangat dengan dia. Dia dengan stail penulisan dia yang panjang lebar. Dari sekolah sampai sekarang tak berubah.  Terus terang cakap kemahiran menulis aku lebih banyak dapat dari dia dari aku belajar dengan cikgu. Pehal aku belajar dari dia? Itu jangan ditanya. Nanti aku maluew maluew kucang.

Yang buat aku teruja apa? Entry dalam blog dia. Dari bulan 2 sampai bulan 8 dah 100 lebih. Baru enam bulan lebih. Apa makan budak ni. Jadi aku berjanj nak post 100+ entry untuk tahun 2011 dan menambah bilangan CerRut dari hari ke hari.

Ceh. Konon..


Isnin, 22 Ogos 2011

Bulan Puasa Punya Hal..


5 Ramadhan.

"Banyak lagi ke Yah?"

"Banyak."

"Sambung petang la Yah. Adek penat la. Nak dah sembahyang jumaat ni"

"Kalau nak rehat, rehat dulu Ayah nak habiskan nebas bahagian ni"

Aku tak buang masa terus duduk melepak bawah pokok. Seluk kocek baju kebun. Pelik. Tertinggal ke?. Aku seluk kocek seluar. Empat empat aku seluk. Kosong. Kunci Kancil adala. Raba raba satu badan. Shit. Hari ni puasa nak berasap apa nya?. Tak kan la nak bawak rokok time puasa. Aku terus duduk bertinggung bawah pokok. Surat khabar aku guna n=buat kipas. Panas bukan main lagi. Baru pukul sebelas pagi.

Aku tengok Ayah masih garuk lagi daun kering depan rumah. Aku makin rimas tengok Ayah. Bukan apa, tanah depan rumah ni bukan tanah Ayah. Tanah Haji Mat. Tanah dia bersemak macam setan. Bukan Haji Mat tau Ayah bersihkan tanah dia. Bukan dapat upah. Aku perati Ayah elok elok. Merah merah mata Ayah bakar daun kering. Aku bangun malas capai penggaruk.

"Dah Yah, Ayah rehat dulu biar Adek buat pulak."

"Buat dua orang lagi cepat kerja siap"

Macam tu lah Ayah. Kalau orang nak tolong macam macam alasan dia bagi. Aku terus garuk daun kering. Kumpul satu satu tempat. Potong buluh tua. Asingkan. Longgok. Garuk daun kering. Kumpul satu satu tempat. Potong buluh tua. Asingkan. Longgok. Dekat pukul 12 aku bakar. Asap bukan main cantik lagi. Memang tebal. Itu tandanya banyak pencemaran haha. Sambil bakar aku peratikan jugak sampah tu takut takut merebak sampai rumah sebelah. Bahaya beb.

Jam dah pukul dua belas suku. Ayah masih lagi dengan kerja dia. Aku memang penat tak ingat. Badan lepak habis. Haus satu hal. Lapar lagi. Dah la tak sahur. Dalam kepala hotak aku dah terbayang air jagung makwe bazar. Perghhh. Dua belas pat lima Ayah berhenti kerja. Terus masuk rumah. Mandi. Sementara tunggu ayah mandi aku basuh muka dekat dapur. Nampak jag berisi air masak. Aku telan air liur. Memang tak boleh tahan. Aku pandang belakang. Pintu bilik air tak terkuak lagi. Bunyi air ayah mandi masih kuat lagi. Aku bukak penutup jag.

"Sial"

Dalam jag penuh semut. Hati aku panas. Panas gila. Ayah keluar bilik air. Aku masuk. Mandi. Tengok air shower. Aku rasa nak nganga bagi air masuk terus dalam mulut. Tapi aku masih siuman. Pada aku kalau nak berbuka biar makan sedap sedap. Biar minum sedap sedap. Dah penat penat puasa nak buka air paip. Kejadahnya?. Ingat aku geng bas sekolah apa?.

Usai mandi aku bersiap. Keluar bilik aku nampak ayah dah tidur duduk bersandar ke dinding. Aku kejut ayah slow slow. Ayah bangun. Lemah. Merah merah muka ayah kena bahang matahari tak hilang lagi. Ayah tongkat lutut bangun perlahan lahan.

"Ayah kalau tak larat Ayah buka la"

Ayah senyum pandang aku.

"Kalau Ayah buka macammana Ayah nak bagi contoh yang baik pada Adek"

Ayah keluar rumah. Terincut incut. Masuk kereta. Duduk seat sebelah pemandu. Aku perhatiayah dari jauh. Petang  itu sepanjang solat jumaat tak habis air mata aku ngalir. Sujud syukur aku kepada Allah kerana menghantar semut supaya puasa aku tak terbatal. Sujud syukur aku Allah jadikan Ayah sebagai ayah aku.

Ahad, 21 Ogos 2011

CerRut 2: Cuti

CUTI.

cuti versi makwe pakwe

"Siap pun"

Mat Berahim senyum. Senyum tiga. Semua rasa gembira yang bermacam istillah menerjah hatinya kini. Dibaca permohonan yang dikarangnya sendiri. "Permohonan Cuti Sempena Hari Raya Aidilfitri".Semua butir butir maklumat telah ditulis. Semua protokol protokol penulisan permohonan telah diikut. Mat Berahim yakin permohonan cuti 3 hari sempena Aidilfitri akan dihantar ke bahagian sumber manusia Hotel Konon Konon.

Hari ini Mat Berahim berpakaian kemas. Berbaju kemeja bertali leher. Digayakan pula dengan seluar jeans yang agak lusuh. Memang. Memang itu bukan pakaian formal seorang technician hotel yang sentiasa berbaju tshirt ke tempat kerja, tapi apa salahnya Mat Berahim bergaya untuk hari penyampaian surat permohonan cuti. Tak salah bukan. Lagipun hari hari biasa Mat Berahim adalah staff paling selekeh sekali. Baju seluar yang lusuh. Seluar pun jarang jarang dibasuh. Koyak sana koyak sini. "Biar nampak old skoll sikit" bersahaja jawapan Mat Berahim bila ditanya mengenai seluar kusamnya itu.

"Ida nanti surat ni tolong bagi pada Mr Wong boleh? Aku nak cuti masa raya nanti." Mat Berahim mula bicara dan menyudah kata dengan senyum nipis. Terbit lesung pipit yang samar samar dipipi kirinya. Ida budak praktikal menyambut helaian permohonan cuti Mat Berahim dengan segan silu. Jelas kemerah merahan pipinya yang tidak diselaputi seinchi bedak sekali pun. Blushing kata orang putih. Mat Berahim berpaling meninggalkan ruang pejabat dengan bahan baru untuk kaum hawa perbualkan.

"Kau dah hantar borang cuti Mat" Ajib pecah kesunyian kerja dengan soalan.

"Dah. Kau dah?"

"Dah. Aku hantar sebelum puasa lagi dapat 3 hari. Sehari sebelum raya, hari raya pertama dengan kedua." Ajib bangga bercerita dengan Mat Berahim.

"Kau rasa aku boleh dapat tak? Tahun  lepas aku tak dapat cuti doh" Mat Berahim mengeluh. Nada hampa jelas kedengaran.

"Mesti dapat punya la. Kan Bala ada. Takkan la dia cuti jugak."

"Betul jugak tu Bala kan ada. Hahaha"

Mat Berahim lega. Dia teringat Bala, technician yang baru masuk 3 bulan lepas. Orangnya tegap hitam manis dan kelakar. Seingat Mat Berahim, Bala adalah orang India yang paling Melayu sekali dia pernah jumpa. Cakap Melayu tak ada pelat pelat. Kalau berbual orang akan ingat Bala India Muslim dari Pulau Pinang. Semua loghat Melayu boleh diajuk. Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan. Loghat utara sebelah mata Bala boleh ajuk. Memang tak heran kalau ramai makwe Bala sebelum sebelum ni perempuan Melayu. Memang tak heran.

Telefon bilik 2215 berdering. Panggilan untuk Mat Berahim mengadap Mr Wong. Mat Berahim seronok. Lincah dia berambus meninggalakan Ajib terkial kial service aircond bilik 2215 secara solo.

Mat Berahim ketuk pintu bilik Mr. Wong.

"Come in"

"Assalamualaikum. Eh err..Good Morning Mr Wong" Mat Berahim tepuk tepuk dahi. Lupa Mr Wong adalah Mr Wong.

"Good Morning. Hehe. Have a seat Mat" Mr Wong ketawa kecil dengan perangai Mat Berahim.

"Tadi you ada hantar permohonan cuti hari raya kan. Nah I sudah sign itu surat. Nanti you boleh cuti a hehe"

"Thank you Mr Wong, thank you" Mat Berahim keluar bilik Mr Wong. Gembira bukan main lagi.

Semua mata hawa yang memerhati tak dipedulikan. Dalam kepala dah terbayang wajah sanak saudara dan kampung halamannya. Dibaca surat itu untuk kesekian kalinya. Pelik. Mat Berahim pelik. Masuk balik bilik Mr Wong tanpa ketuk dan salam.

"Mr Wong betul ke surat ni?"

"Betullah you mintak cuti hari raya, I bagi la cuti hari raya meh"

"Tapi ini cuti hari raya ke tujuh, lapan dengan sembilan?" Mat Berahim makin menyirap.

"You Melayu raya sebulan kan? Ok la tu. Lagi pun Bala dengan Ajib sudah mintak cuti hari raya pertama dengan kedua. Siapa mau jaga hotel kalau you cuti? Bala mau raya dengan family bakal mertua dia.Dia kan sudah convert Islam kelmarin. You tak tau ka?" Mr Wong terang panjang lebar.

Mat Berahim menginggalkan bilik Mr Wong dengan mata berkaca. Dia meminjam komputer Ida dan mula menaip surat permohonan baru bertajuk "Permohonan Peletakan Jawatan". Dia cuba menahan marahnya pada Bala dan bersyukur atas kehadiran saudara baru dalam agamanya.




CerRut 1: Romen

ROMEN

threesome

14 Ramadhan. 1432 Hijrah. 2.30 PETANG.

Seusai menunaikan fardhu Zohor secara berjamaah disurau Wak Lamlee bingkas menuju ke kedai runcit milik keluarganya. Risau kalau kalau ada pelanggan yang terpaksa menunggu lama untuk membeli belah. "Pelangganlah sumber pendapatan perniagaan anda". Itulah pesan Khyrill Rashid DJ Silau FM kepada pendengar pendengar mereka. Sebenarnya Wak Lamlee tak layan sangat Silau FM. Wak Lamlee layan siaran radio yang segalanya di sini menggamit kenangan Klasik Nasional. Barulah sesuai dengan jiwanya yang retro.

"Traaaaaaa!!!!!" Pintu besi ditolak dikuak luas luas.

Wak Lamlee buka lampu kedai biar mudah pelanggan cari barang. Biar selesa. Wak Lamlee pasang radio. Klasik Nasional. Sambil mulut menyanyi lagu Hail Amer sambil menyapu depan kedai. Nak diharapkan anaknya Muhammad Hafifiy memang payah. Beli spender pun malu malu kucing apa lagi jaga kedai. Terpaksalah Wak Lamlee melepaskan anak bujangnya kerja di bandar dari melahu tak buat apa apa dirumah.

Tengah sedap Wak Lamlee menyapu, tiba tiba.

"Assalamualaikum tak jawab dosa kalau jawab suka."

Wak Lamlee toleh. Mencari pemberi salam. Jumpa. Encik Badol kemas berkemeja dan berkasut kulit. Rambut tersisir rapi. Yang kurang cuma satu. Seluar. Ya. Seluar. Encik Badol hanya memakai boxer.

"Astargfirallahalazim" Wak Lamlee mengucap panjang.

"Assalamualaikum tak jawab dosa kalau jawab suka." Encik Badol mula buat muka tak puas hati salamnya tak berjawab.

"Waalaikumussalam." Wak Lamlee menekan nekan jawab salamnya tanda menyampah dengan Encik Badol.

"Yea Wak suka dekat kita" Encik Badol senyum tepuk tepuk tangan. Gembira sungguh salamnya berjawab.

"Yang kau tak berseluar tengah tengah hari ni kenapa Badol?"

Diam. Encik Badol memandang muka Wak Lamlee dengan penuh benci.

"Yelah yelah. ENCIK Badol.. Kenapa Encik Badol tak pakai seluar?". 'ENCIK' sengaja ditekan tekan. Menyampah Wak Lamlee dengan manusia tak cukup seposen tu.

"Panas" Encik Badol selamba.

Encik Badol masuk kedai. Sampai belakang Encik Badol teroka. 2 minit kendian Encik Bandol keluar. Diletak tepung gandum dan 5 KG beras Jalaluddin Hassan atas counter bayaran tajaan syarikat Dunhill. Pantas Wak Lamlee mengira. Encik Badol Hulur note 50. Pantas Wak Lamlee pulang duit baki. Menyampah Wak Lamlee tengok misai kucing Encik Badol yang berjurai jurai macam pokok tanduk rusa.

"Wak nak tau satu rahsia tak?"

"Apa lagi kau ni?" Wak Lamlee meninggi suara. Tahap menyampahnya semakin hampir ke maksimum.

"Nak tau tak?"

Wak Lamlee diam. Ditenung muka Encik Badol dalam dalam. Kalau hari ni 25 Disember dah lama Encik Badol arwah dipaksa makan beras Jalaluddin Hasan campur tepung gandum guna penyapu sampah. Wak Lamlee mengucap. Ditarik nafas dalam dalam. Pejam mata. Buka. Senyum.

"Nak Encik Badol. Cerita pada Wak, rahsia apa yang Encik Badol tahu tu." Wak Lamlee senyum sambil ketap gigi. Geram amarahnya disimpan dalam dalam. Bulan puasa. Encik Badol sempurna fizikal. Cacat mental. Apalah sangat kalau dilayan sekejap gila Encik Badol ni.

Encik Badol senyum.

"Tadi pagi sebelum sampai sini saya nampak orang romen"

"Ish kau biar betul. Kau nampak kat mana? Entah entah bukan orang tak?" Wak Lamlee cuba menyakat Encik Badol.

"Wak saya tak buta la. Sya pun tak gila tau. Saya tau hantu syaitan ni kena kurung masa bulan Ramadhon"

"Habis tu kamu kenal ke siapa yang berzina tu. Ada kamu repot pada JKK kampung? Benda benda ni tak boleh dibiarkan Encik Badol. Ada ke budak lain yang nampak sekali?" Wak Lamlee mula serius selepas mendengar perkataan 'Ramadhon' dari mulut Encik Badol. Persis alim ulama Parti Cap Bulan.

"Ada Wak. Saya, Wan Takek, Aliff Si Pari Pari dengan Anak Wak, Muhammad Hafifiy."

Wak Lamlee pelik. Macammana pulak anak dia boleh berkawan dengan Encik Badol. Selalu hujung minggu macam ni memang payah dia nak bangun awal. Tapi dalam hati Wak Lamlee ada sedikit bangga. Anaknya akan membantu membanteras zina dikampung.

"Kamu kenal ke siapa yang beromen tu? Dia buat projek dekat mana?" Wak Lamlee mula ketatkan kain pelekat. Siap sedia nak gempur maksiat dalam kampung.

"Saya tak kenal budak laki tu tapi yang perempuan Muhammad Hafify cakap nama dia Maria binti Ozawa. Saya nampak dia romen dalam komputer lipat Muhammad Hafify."

Diam.

Wak Lamlee pandang Encik Badol. Wak Lamlee pandang beras Jalaluddin Hassan. Wak Lamlee pandang tepung gandum. Wak Lamlee pandang penyapu sampah.

***********************************************************************************************

Besoknya tajuk hadapan Mingguan Metro berbunyi:

"Empat Remaja Dipaksa Makan Beras Cap Jalaluddin Hassan Campur Tepung Gandum Menggunakan Penyapu Sampah"


CerRut (Pengenalan dan Penjelasan Konon..)

CerRut adalah akronim bagi CERITA MENGARUT.

Semua karya (ceh konon karya) ditulis oleh aku dari imaginasi dan pemerhatian sekeliling. CerRut yang ditulis tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah arwah. Segala persamaan watak dan tempat adalah tak disengajakan. Maka royalti (ceh konon royalti) tak boleh dituntut.

Ceh Konon..