Ahad, 21 Ogos 2011

CerRut 1: Romen

ROMEN

threesome

14 Ramadhan. 1432 Hijrah. 2.30 PETANG.

Seusai menunaikan fardhu Zohor secara berjamaah disurau Wak Lamlee bingkas menuju ke kedai runcit milik keluarganya. Risau kalau kalau ada pelanggan yang terpaksa menunggu lama untuk membeli belah. "Pelangganlah sumber pendapatan perniagaan anda". Itulah pesan Khyrill Rashid DJ Silau FM kepada pendengar pendengar mereka. Sebenarnya Wak Lamlee tak layan sangat Silau FM. Wak Lamlee layan siaran radio yang segalanya di sini menggamit kenangan Klasik Nasional. Barulah sesuai dengan jiwanya yang retro.

"Traaaaaaa!!!!!" Pintu besi ditolak dikuak luas luas.

Wak Lamlee buka lampu kedai biar mudah pelanggan cari barang. Biar selesa. Wak Lamlee pasang radio. Klasik Nasional. Sambil mulut menyanyi lagu Hail Amer sambil menyapu depan kedai. Nak diharapkan anaknya Muhammad Hafifiy memang payah. Beli spender pun malu malu kucing apa lagi jaga kedai. Terpaksalah Wak Lamlee melepaskan anak bujangnya kerja di bandar dari melahu tak buat apa apa dirumah.

Tengah sedap Wak Lamlee menyapu, tiba tiba.

"Assalamualaikum tak jawab dosa kalau jawab suka."

Wak Lamlee toleh. Mencari pemberi salam. Jumpa. Encik Badol kemas berkemeja dan berkasut kulit. Rambut tersisir rapi. Yang kurang cuma satu. Seluar. Ya. Seluar. Encik Badol hanya memakai boxer.

"Astargfirallahalazim" Wak Lamlee mengucap panjang.

"Assalamualaikum tak jawab dosa kalau jawab suka." Encik Badol mula buat muka tak puas hati salamnya tak berjawab.

"Waalaikumussalam." Wak Lamlee menekan nekan jawab salamnya tanda menyampah dengan Encik Badol.

"Yea Wak suka dekat kita" Encik Badol senyum tepuk tepuk tangan. Gembira sungguh salamnya berjawab.

"Yang kau tak berseluar tengah tengah hari ni kenapa Badol?"

Diam. Encik Badol memandang muka Wak Lamlee dengan penuh benci.

"Yelah yelah. ENCIK Badol.. Kenapa Encik Badol tak pakai seluar?". 'ENCIK' sengaja ditekan tekan. Menyampah Wak Lamlee dengan manusia tak cukup seposen tu.

"Panas" Encik Badol selamba.

Encik Badol masuk kedai. Sampai belakang Encik Badol teroka. 2 minit kendian Encik Bandol keluar. Diletak tepung gandum dan 5 KG beras Jalaluddin Hassan atas counter bayaran tajaan syarikat Dunhill. Pantas Wak Lamlee mengira. Encik Badol Hulur note 50. Pantas Wak Lamlee pulang duit baki. Menyampah Wak Lamlee tengok misai kucing Encik Badol yang berjurai jurai macam pokok tanduk rusa.

"Wak nak tau satu rahsia tak?"

"Apa lagi kau ni?" Wak Lamlee meninggi suara. Tahap menyampahnya semakin hampir ke maksimum.

"Nak tau tak?"

Wak Lamlee diam. Ditenung muka Encik Badol dalam dalam. Kalau hari ni 25 Disember dah lama Encik Badol arwah dipaksa makan beras Jalaluddin Hasan campur tepung gandum guna penyapu sampah. Wak Lamlee mengucap. Ditarik nafas dalam dalam. Pejam mata. Buka. Senyum.

"Nak Encik Badol. Cerita pada Wak, rahsia apa yang Encik Badol tahu tu." Wak Lamlee senyum sambil ketap gigi. Geram amarahnya disimpan dalam dalam. Bulan puasa. Encik Badol sempurna fizikal. Cacat mental. Apalah sangat kalau dilayan sekejap gila Encik Badol ni.

Encik Badol senyum.

"Tadi pagi sebelum sampai sini saya nampak orang romen"

"Ish kau biar betul. Kau nampak kat mana? Entah entah bukan orang tak?" Wak Lamlee cuba menyakat Encik Badol.

"Wak saya tak buta la. Sya pun tak gila tau. Saya tau hantu syaitan ni kena kurung masa bulan Ramadhon"

"Habis tu kamu kenal ke siapa yang berzina tu. Ada kamu repot pada JKK kampung? Benda benda ni tak boleh dibiarkan Encik Badol. Ada ke budak lain yang nampak sekali?" Wak Lamlee mula serius selepas mendengar perkataan 'Ramadhon' dari mulut Encik Badol. Persis alim ulama Parti Cap Bulan.

"Ada Wak. Saya, Wan Takek, Aliff Si Pari Pari dengan Anak Wak, Muhammad Hafifiy."

Wak Lamlee pelik. Macammana pulak anak dia boleh berkawan dengan Encik Badol. Selalu hujung minggu macam ni memang payah dia nak bangun awal. Tapi dalam hati Wak Lamlee ada sedikit bangga. Anaknya akan membantu membanteras zina dikampung.

"Kamu kenal ke siapa yang beromen tu? Dia buat projek dekat mana?" Wak Lamlee mula ketatkan kain pelekat. Siap sedia nak gempur maksiat dalam kampung.

"Saya tak kenal budak laki tu tapi yang perempuan Muhammad Hafify cakap nama dia Maria binti Ozawa. Saya nampak dia romen dalam komputer lipat Muhammad Hafify."

Diam.

Wak Lamlee pandang Encik Badol. Wak Lamlee pandang beras Jalaluddin Hassan. Wak Lamlee pandang tepung gandum. Wak Lamlee pandang penyapu sampah.

***********************************************************************************************

Besoknya tajuk hadapan Mingguan Metro berbunyi:

"Empat Remaja Dipaksa Makan Beras Cap Jalaluddin Hassan Campur Tepung Gandum Menggunakan Penyapu Sampah"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan