Rabu, 3 Ogos 2011

Potong Rambut siri 2

Potong Rambut siri 2

Dari minggu lepas dah pasang hajat. Potong rambut. Tak jadi juga. Ceh. Konon.

Hari ni tiada Sin Chan tiada Doraemon. Tiada sebab untuk amoi cuti. Yang ada cuma Naruto. Amoi benci Naruto. Aku agaklah.

Niat hari ini. Janji hari ini. Sempena penghulu segala hari. Biar makbul hajat. Aksinya esok juga. Ceh. Konon.

Hari ini ada Sin Chan. Ada Doraemon. Gerak awal. Tak boleh salahkan Sin Chan. Tak boleh salahkan Doraemon.

Keluar rumah pukul 5. Maaf tiada kancil turbo. Ayah guna jenguk orang kawin. Harap-harap balek ada bontrot.

Yang ada hanya Kriss. Ya. Modenas Kriss. Dari dekat jelas kelihatan parut-parut penderitaan. Dari Kak Wa bawak ke Kak La turun ke Pozan sampai ke aku. Semua pernah accident.

Manis. Ya. Manis bagi kami. Pahit untuk Kriss. Perit untuk Ayah. Duit Ayah. Aksi kami. Tak apa. Asal Kriss kembali bernyawa. Asal anak kembali bersuka. Duit. Apalah sangat.

Kriss dihidupkan. Agak payah. Lebih tendang. Lebih pulas. Baru bernyawa. Ah motor seusia calon UPSR begitulah. Dari Parit Mesjid ke Tambak tiada yang perhati. Sifat manusia. Mahu yang hebat. Tolak yang lambat.

Maseh awal. tak perlu berkecah. Kedai amoi pasti banyak yang buka. Sampai Tambak. Nah sekarang lihat. Banyak pilihan. Hadiah tepati janji. Tepati masa.

Masuk satu kedai. Aku lupa. Apa nama. Yang penting model papan tanda seksi. Aku suka. Laen benar suasana. Biasanya bau bedak bau kapur barus lagu tamil. Itu kedai Ravi. Ini kedai Amoi. Bau shampu bertebaran. Bau perfume berkeliaran. Lagu K-POP bergendangan. Laen hias. Laen rias. Suka. Sangat suka. Aku sangat suka.

Semua hawa. Satu setengah Adam. Aku satu. Setengah lagi seekor sotong berkulit manusia. Cina. Pelik?. Ah! Persetan dengan semua tu. Doktrin bangsat ni bukan kenal bangsa. Asal songsang nafsu semua jadi mangsa.

Aku duduk di ruang menunggu. Ramai. Ada tua. Ada muda. Ada kampungan. Ada baratan. Hajatnya sama. Potong rambut. Datang amoi cina beri nombor giliran. Beri menu. Ya. Menu. Bukan restoran gedebe saja ada menu. Salon Amoi pun ada. Taknak kalah. Mungkin.

Aku perhati menu. Siap harga. Ceh. Konon. Dari wanita sampai jejaka. Semua sama. Wanita cantik menggoda. Jejaka jambu perkasa. Menu kejadah ni. Gambar sampai ke pusat. Dibahagian wanita agak lama. Ah peduli hapa. Aku jejaka. Bukan sotong Cina.

Bahgian jejaka semua sama. Mahkotanya lurus.Punyaku simpang siur. Keringting. Dari muda sampai tua. Fesyenku sama. Afro. Botak. Dua saja. Masuk alam kerja mahu jadi laen. Hajat biar senang dapat makwe. Hajat biar senang dapat kerja.

Ini soalnya. Menu apa aku nak pilih?. Amoi semakin mendekat. Keputusan belum dibuat. Ah amoi saja. Tahun 2 maren sebelah mata aku bersajak IBU depan ratusan makwe. Puluhan bakal mentua. Tahun 6 lepas aku berlagu riang hargai pedidik. Juga sebelah mata.

Amoi terpacak depan mata. Mata jumpa mata. Aku senyum satu. Tutup dua belah mata. Kantuk. Ah laen kali la sambung cerita.

Ceh. Konon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan