Rabu, 24 Ogos 2011

CerRut 3: Ajar Puasa.


"Happy nampak?"

"Mestilah. Aku sudah dapat cuti Mat. Boleh beraya dengan family bakal bini aku. Hehe."

Mat Berahim tenung Bala dalam dalam. Kalau diikutkan hati memang dilempang si Bala ni. Masuk ni dah 2 tahun Mat Berahim tak dapat beraya kat kampung. Apa guna cuti raya kalau bukan hari raya pertama?. Mat Berahim rindu kampung. Rindu mak abah. Rindu adik beradik. Rindu anak buah. Rindu makwe makwe kampung. Abang Mat Berahim yang kerja gomen pangkat DG41 pun balik kampung. Inikan pulak Mat Berahim. Kerja technician. Mesti mak Mat Berahim kecik hati.

Hajat berhenti kerja dibatalkan. Kalau berhenti Mat Berahim nak raya pakai apa. Dia bukan kenal apa itu bank. Mat Berahim tak pernah menyimpan selalu meminjam. Duit Ajib yang dipinjam buat beli Rayban ori pun tak dipulang lagi. Nak berhenti kerja?. Ceh.

"Kau puasa tak hari ni Bala?"

"Puasa la. Sejak aku masuk Islam aku dah 4 hari puasa."

Mat Berahim kagum dengan Bala. Baru masuk Islam tapi semangat berpuasa dia tinggi. Mat Berahim semangat berpuasa kurang semangat beraya lebih. Mat Berahim geleng kepala. Kanan. Kiri.

"Mat bagi aku spanar hidup  tu."

"Nah" Mat Berahim hulur malas.

"Ei Bala kau tak puasa ea?" Mat Berahim terkejut dengan aksi Bala.

"Aku puasa la. Aku dah sahur tadi pagi. Aku dah niat sekali tau hehe"

" 'Hehe' kepala hotak kau!. Yang kau korek hidung tu apehal?"

"Sebab ada taik hidung la Mat. Tak kan nak biar dia bersarang dalam hidung mancung aku ni. Karang susah aku nak bernafas."

Mat Berahim geleng kepala. Kanan. Kiri. Dalam hati Mat Berahim berbisik. Dalam hati Mat Berahim berdoa.

"Ya Allah besar sungguh ujian ramadhan aku tahun ni"

Banyak lagi benda Mat Berahim kena ajar. Banyak lagi benda Bala kena belajar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan