Selasa, 26 Julai 2011

Tengok Bola

Tengok Bola

Malam itu istimewa. Ada bola. Malaysia lawan Chelsea. Menarik. Menonton dirumah. Agak janggal. Bersama mak ayah. Ya mungkin berbeza.


Sate sudah sedia. Made in depan kilang Wearns. Sampingan ketika pancaindera berkerja. Mata menonton. Telinga mendengar. Mulut mengulas. Siaran tidak tertunda. Alhamdulillah di Malaysia.


801. Astro. Ya. Astro. Bergaya bukan. Sepak mula. 5 minit. Mata maseh berkerja. Menonton. Memerhati. Mengerlip. Mulut maseh berkerja. Mengunyah. Memaki. Memuji. Telinga maseh berkerja. Mendengar. Mendengar. Mendengar.


10 minit. Hambar. 15 minit. Maseh hambar. 20 minit. Makin hambar. Corak permainan agak kemas. Kurangnya hanya satu. Bahasa. Bahasa penjajah bukan pilihan keluarga barangkali.


Ayah ketua keluarga. Bersuara pemerintah. Memerintah.


"Buyip, tuko 101. Dengo Hasbullah Awang ngulas lagi best woo oo oo"


Ayah. Ya. Ayah aku. Seriusnya disuntik humor. Keturunan barangkali. Jangkit aku. Ayah atasan. Aku bawahan. Ayah ucapkan. Aku jalankan. Pegang kawalan. Eja 1 0 1 atas butang kawalan. Hitam sedetik. Siaran bertukar. Pelangi kembali.


"Dah dah tak payah tuko tuko. Dengo tilawah ni bagos. Tengok bola maseng-maseng macam orang hape dah" suara mak dari belakang. Keras bunyinya. Tajam sindirnya.


Ah! telat. Aku pandang ayah. Ayah pandang aku. Maseng-maseng geleng. Dalam kaca ada manusia. Hitam wajahnya. Sasa tubuhnya. Merdu suaranya. Indah ayatnya. Anugerah tuhan pada manusia. Malam itu tiada Obi Mikel. Yang ada hanya rakan senegara. Beza. Obi tengah. Dia qariah. Obi lari. Dia duduk. Obi menjerit. Dia mengaji.


Bunyi buzzer. 2 kali. Panjang. Dia tamatkan bacaan. Rumah masih sunyi. Ayah pecah sunyi.


"Lidi sate ni kalau buat tuding ngaji bagos kan mak" ayah cuba naseb.


Mak mencebik. Kendian senyum. Senyum manja. Ayah suka. Senyum. Senyum tiga. Aku perhati. Hati mula berkerja. Hati mula mengulas. Hanya satu kata. "ROMANTIK".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan